Penyanyi Mark Adam berangkat ke tanah suci bersama isterinya, Norazah Redzuan hari ini untuk menunaikan ibadah Umrah.

Ia disahkan sendiri oleh isterinya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.


Norazah mewakili suaminya turut meminta maaf daripada semua keluarga dan kenalannya dan meminta agar ibadah mereka dipermudahkan.

“Assalamualaikum insyaallah saya dan suami, Mark Adam akan berangkat menunaikan UMRAH...Kepada semua family , kawan-kawan, saudara-mara dan semua yang datang jumpa dan yang tak sempat jumpa, kami ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, terkasar bahasa, perbuatan Yang sengaja mahupun tidak sengaja atau apa saja khilaf kami, halal kan segala makan minum kami.. dan doakan kami agar segala urusan dan perjalanan kami ke UMRAH dipermudahkan, Dan mendapat UMRAH yang mambrur, Insyaallah...Semoga kita sama-sama diberkati Allah SWT...,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi akaun IG penyanyi Siti Sarah turut memberi tahu dia dan suami, Shuib akan berangkat ke tanah suci hari ini bersama pasangan Mark dan isteri.

“Assalamualaikum saya dan suami akn berangkat ketanah suci sekali lagi kali ini bersama @markadam1079 dan isteri @ezzpowers.. sekiranya ada salah dan silap terkasar bahasa, tersilap laku sama ada sedar atau tidak sama ada sengaja atau pun tidak.. kami ingin memohon maaf..,” tulisnya.


Mereka turut berkongsi foto sebelum berangkat ke tanah suci.


[BACA: Kerana Rindu, Shuib Bawa Sarah Tunai Umrah Kali Kedua 14 November Ini]

Rata-rata mendoakan supaya ibadah mereka dipermudahkan serta selamat pergi dan pulang kelak.