Melalui satu entri di Instagram beliau, Abby sekali lagi meminta supaya mereka yang ‘tidak mahu’ kan anak-anak yang baru dilahirkan supaya tidak meninggalkan anak tersebut di tempat-tempat sebarangan seperti di tangga.

Beliau juga berharap jika ada yang malu untuk menghantar ke pusat pendaftaran atau ke JKM kerana apa jua masalah yang dihadapi supaya mencari beliau.

Pagi2 dah dpt berita ni dari @normanhakim_786 ? . Kenapalah Mak Baby ni tak cari kita masa taknak baby ni.. kenapa main tinggal2 je kat tangga? Kenapa? Huhu.. . Kan dah bgtahu, kalau segan nak hantar ke pusat2 berdaftar, kalau segan nak ke JKM, kalau memang taknak, tak mampu jaga, atas apa alasan pun.. carilah la Sy k. Sy akan uruskan sebaik2nya agar nasib baby terbela. Sy akan usahakan duit belanja utk Maknya juga huhu.. Tolonglah cari kita huhu . Ps: Jomlah gi JKM sayang @jaiezzany , mengaku waris baby ni.. boleh ke? ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


“Carilah saya. Saya akan uruskan sebaik-baiknya agar nasib baby terbela. Saya akan usahakan duit belanja untuk maknya juga. Tolonglah cari kita,” tulis Abby.

Kredit: Instagram @abby_abadi112