Pelakon dan pelawak Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 1.05 petang hari ini (Rabu) akibat menderita kanser esofagus.

Menerusi satu kenyataan, President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave mengesahkan berita itu.

"Saya diberitahu oleh isteri beliau sendiri, Puan Siti Hawa mengenai berita sedih ini.

"Zaibo meninggal dunia sekitar pukul 1.05 petang ini dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini," katanya.

Zaibo sebelum ini tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti Magika fantasi 2010 dan Awan Dania The Movie pada tahun 2013.

Dia juga memainkan peranan kecil pada tahun 1999 Filem Hollywood Anna and the King.

Zaibo juga terkenal kerana berlakon sebagai penjual mee rebus bernama Yusof dalam sitkom popular Singapura, Under One Roof yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pelawak itu telah berhenti berlakon kira-kira dua tahun lalu.