Pelakon Adam Corrie, 50, akui seronok melihat keletah anaknya, Adam Fateh Lee yang kini berusia empat bulan.

Kata Corrie, Adam membesar dengan sihat dan kini sedang dalam fasa untuk belajar ketawa.

“Alhamdulillah, Adam sihat dan semakin tembam. Cuma sekarang dia baru belajar nak ketawa, selalu hanya senyum-senyum sahaja.

“Dia tengah belajar mahu keluarkan suara untuk gelak jadi saya pun banyak bermain dengan dia.

“Ada anak memang rasa lain, kadang-kadang bila di tempat kerja pun dah mula rindu.

“Adam sekarang kadang-kadang bila waktu malam dia tak mahu tidur, saya juga tidak pasti kenapa.

“Dah bagi susu pun tak mahu tidur. Ada masanya dia tidur dan akan terjaga dalam jam 2:30 pagi.

Dulu ambil gambar berdua.. kini bertiga #adamcorrie #family1st . . #ootd #kurtaSolehv3 by @mm_adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

“Selepas itu dia akan berjaga sehingga ke waktu subuh. Tak ada masalah, saya dan isteri bergilir-gilir jaga Adam,” ujarnya tersenyum.

Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, pada 21 November 2008.

Adam dan Fazema dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee pada 11 Julai lalu selepas 10 tahun penantian.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Foto: Instagram @adamcorrielee