Ramai yang pening bila nak masak paprik di rumah. Jalan mudah adalah makan di kedai. Tapi kami ada resepi yang cukup mudah untuk anda masak paprik sendiri dan pastinya keluarga anda akan memuji masakan anda.



Bahan-bahan untuk membuat paprik:
Isi ayam – dipotong kecil
Udang – dibuang kulit
Sotong – bersihkan dan dihiris bulat
Lobak merah – dihiris
Kacang panjang – dipotong
Bunga kobis – dipotong
Bawang besar – dipotong bulat
Daun limau purut
Cili merah dan cili hijau - dihiris
Perencah Mee Goreng Adabi
Cili Giling Adabi
Sos Makanan Laut Adabi
Minyak untuk menggoreng



Masukkan minyak untuk menggoreng



Masukkan Cili Giling Adabi



Gorengkan hingga sedikit garing



Masukkan ayam dan biarkan masak seketika



Masukkan udang



Masukkan sotong



Masukkan Perencah Mee Goreng Adabi. Gaul rata-rata



Masukkan Sos Makanan Laut Adabi



Selepas sedikit mendidih, masukkan lobak merah



Kemudian masukkan bawang besar



Masukkan sayur-sayur lain seperti bunga kobis dan kacang panjang, serta daun limau purut



Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau



Gaul rata-rata sehingga kuah pekat seperti yang anda inginkan



Paprik siap untuk dihidangkan

Jangan lupa untuk mencuba resepi Paprik Gegar yang cukup mudah, cepat dan sedap ini. Anda juga boleh menonton video di bawah ini.