Aktres jelita Fasha Sandha memuat naik sekeping foto memakai selimpang bertulis 'bride'.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fasha telah berteka-teki akan maksud foto tersebut, ramai yang menyangka pelakon ini akan berkahwin tidak lama lagi.

"Bride to be!

"Bride to be ke Fasha?

"Congratulations dear!

"Kalau betul nak kahwin ni, tahniah!" tulis netizen.

Namun begitu, Fasha memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon terhadap komen-komen terbabit.

Dipercayai, Fasha telah mengenakan pakaian pengantin dan selimpang itu untuk sesi penggambaran sebuah portal.

?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Dalam pada itu, ramai juga peminat dan rakan artis yang memuji kecantikan yang dimiliki Fasha.

Fasha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.