Guru vokal popular, Cikgu Shafi mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Billy Zulkarnain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Cikgu Shafi berkongsi kesungguhan yang ditunjukkan oleh Billy Zulkarnain dalam memperbaiki mutu vokal pada setiap minggu sehingga melayakkan diri mereka di peringkat akhir GV 5 pada Ahad ini.

"First nak cakap tahniah dekat @billyrabilyalmahrus dan @nine.mike aka @billyzulkarnainofficial sebab dapat mara ke final GV 5.

"Di awalnya selalu dapat markah rendah. Bangga sangat atas dedikasi mereka.

First nak cakap tahniah kat @billyrabilyalmahrus @nine.mike aka @billyzulkarnainofficial sebab dapat mara ke final gv. Di awalnya selalu dapat markah rendah.. bangga sangat atas dedikasi mereka. Kesusahan dan keupayaan untuk peningkatan setiap minggu. Tahniah dan selamat menghafal parts/liriks masing2 sebelum kita bertukang minggu ni#shafivocalstudio

A post shared by Cikgu Shafi (@cikgushafi) on


"Kesusahan dan keupayaan untuk peningkatan setiap minggu. Tahniah dan selamat menghafal parts dan liriks masing-masing sebelum kita bertukang minggu ni #shafivocalstudio," tulisnya.

Rata-rata kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Billy Zulkarnain untuk belajar dan memperbaiki mutu vokal mereka dengan mengambil kelas bersama Cikgu Shafi.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir GV 5 adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Zamani.

Peringkat akhir GV5 akan berlangsung pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.