Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof berpuas hati apabila mahkamah sudah yang mengarahkan pesalah atau penyebar filem munafik secara haram untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi, Skop Productions.

Syamsul berharap ia bakal menjadi pengajaran kepada semua pihak di masa akan datang.

“Saya dah warning sebelum ni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions.

“Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social.

“WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT,”
tulisnya.

Syamsul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Hakim Mahkamah Majistret Taiping Asmadi Hussin hari ini mengarahkan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah untuk membayar amaun tersebut kepada Skop Productions di atas kesalahannya menyebarkan secara haram filem Munafik 2 di laman Instagram dan Facebook miliknya yang menggunakan nama Sasuke Kun.
View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November - Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on