Noryn berkata insan bertuah yang amat disayangi itu adalah anaknya sendiri Bariq Umar, 4.
Selain Bariq dia turut menujukan lagu tersebut buat ibu-ibu di luar sana.
“Lagu DAHSYAT ciptaan @akhadiatdenny sejujurnya saya tujukan khas buat kesayanganku BARIQ UMAR juga buat "ibu mommy mak ummi mama" yang dahsyat di luar sana...
“You are amazing dan disayangi forever... Always think that you are special... Hidup sayang menyayangi itu lebih baik...”tulisnya.
Noryn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sementara itu, Noryn turut bersyukur kerana dia berjaya mara ke peringkat Final GV5 pada 18 November ini.
“Alhamdulillah syukur... Mara ke Final... Segalanya Mungkin... Rahsia Allah wajib percaya dan yakin..!!!!!
“Terima kasih atas titipan Doa semua.... juga @norynyzer kesayangan...,” katanya lagi.
Pada konsert semi final GV5 lalu, Noryn telah mengadakan dua persembahan, selain lagu Dahsyat dia juga menyanyikan lagu dangdut, Cintaku 100% dendangan asal Mas Idayu.
Selain Noryn, lima perserta lain yang turut mara ke final adalah Maya Ruslee, Zamani, Amelina, Dia Fadila dan Billy Zulkarnain.
Peringkat akhir GV5 pada 18 November ini ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my