Pelakon Didie Alias mengakui kesal masih ada pihak yang berani untuk melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

Menerusi entri di Instagram (IG), Didie meluahkan rasa marahnya dan terkejut apabila mengetahui seorang bayi berusia 11 bulan di rogol oleh pengasuh.

"Nie bukan pengasuh tapi ini manusia yang bertopengkan binatang. Ba** betullah.

Nie bukan pengasuh tapi nie manusia bertopeng kan binatang...BABI BETUL LAH...Anak tak berdosa umur 11bulan ko rogol Ya Allah manelah Iman ko SIAL??

A post shared by Official Page of Didie Alias (@ladydidiemsia) on


"Anak tidak berdosa, umur baru 11 bulan kau rogol. Ya Allah manalah Iman ko si**," tulisnya.

Rata-rata pengikut mengakui marah dengan tindakan yang dilakukan oleh pengasuh itu dan berharap agar pihak berkuasa dapat menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukannya itu.

Sebelum ini, seorang bayi malang bernama, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan meninggal dunia, selepas dua hari dilaporkan tenat sebaik dirujuk ke Hospital Serdang.