Rakaman video pengacara dan pelakon Sherry Alhadad di mana keretanya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT) menghiburkan hati peminat.

Video yang dimuat naik menerusi Insta Stories miliknya itu menunjukkan keletah dan gelagat Sherry ketika mendapatkan semula keretanya dengan membayar sejumlah denda.

Menerusi video tersebut, Sherry berpesan kepada pengikutnya supaya tidak meletakkan kereta di kawasan larangan.

Sherry bergurau dengan pegawai tersebut dengan mengatakan bahawa bulan ini adalah ulang tahun kelahirannya.

"Kasihan saya, sudah la bulan ni birthday saya, kereta pula kena tarik," seloroh Sherry.

Sherry juga memberitahu sebab dia tidak mengangkat panggilan telefon pihak berkuasa tersebut kerana beranggapan ianya daripada scammer.

"Saya tidak mahu angkat call abang, takut scammer. Abang tahu old money collector, dia selalu komen dekat Instagram saya," katanya.

Sherry mula aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.