Pelawak, Tauke dan isteri Nadia Mohd Affandi memilih nama Zamatul Khayla Aydina untuk anak perempuan kesayangan mereka.

Nama tersebut didedahkan oleh Nadia selepas dua minggu bersalin.

Nadia memberitahu nama tersebut di akaun Instagramnya menerusi ruangan Insta Story dengan memuat naik sijil kelahiran puteri sulungnya semalam.

Bagaimanapun setakat ini Nadia belum lagi mendedahkan wajah terkini Zamatul Khayla di akaun Instagram.

Perkara itu membuatkan pengikutnya memberikan komen yang menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel Zamatul Khayla.

Terdahulu, Nadia selamat bersalin di Hospital Serdang tepat jam 8.28 pada 26 Oktober lalu.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Foto: Instagram @nadiayaya6