Tindakan penyanyi Syafiq Farhain berkongsi foto bersama bapanya, Allahyarham Saleem mendapat perhatian netizen.

Syafiq berkongsi kenangan tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @syafiqfarhain.

"22 tahun yang lalu, abah tetap dalam kenangan," tulisnya.

Rata-rata peminat Syafiq memahami perasaan rindunya serta mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

"@sa_lynna: Di luar nampak happy..Dalam hatinya Tuhan je tahu..Be strong adik."

"@ismanhijjaz: Saya adalah salah seorang kawan dan peminat abah awak..Moga dia tenang di sana."

"@masrysamasril: Al fatihah. Share la picture lama lagi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman."

"@rina_irdina: Rindu yang paling sakit adalah rindu pada seseorang yang telah kembali pada pencipta-Nya..Yang tak akan kembali dan tidak pernah akan kembali..Alfatihah untuk arwah."

"@liliyroses4: Ya allah..Sedihnya tengok kenangan terindah ini."

Saleem atau nama sebenarnya AM Salim Abdul Majeed meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras kira-kira jam 6.30 pagi.

Penyanyi yang berasal dari Setiu, Terengganu ini menerima rawatan di PPUKM ekoran terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.