Pelakon Datin Almy Nadia menerangkan situasi sebenar bagaimana dia boleh menaiki kapal terbang ke Jerman walaupun sedang sarat mengandung.

Baru-baru ini, Almy menemani suaminya, Datuk Fizz Fairuz untuk menjalani penggambaran selama sembilan hari di sana.

Dalam kapsyen terbabit, Almy mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kandungannya.

Almy menjelaskan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke luar negara, dia telah mendapat nasihat dan pendapat daripada doktor.

Sesi luah perasaan.. baca dan faham ok semua.... Terima kasih pada semua yg ambil berat pd sy,bertanya tentang kandungan sy,bertanya tentang due sy bila,bertanya bila sy nak meletop,bertanya girl atau boy.. ok meh sy jelaskan yerk.. kenapa sy boleh naik flight kenapa sy boleh g germany ms perut sy besar.. sblm sy fly atau beli tiket flight sy bertanya pd doc sy ,minta pandangan,pendpt,,,,, jd doc sy sendiri yg bg kebenaran utk pergi ikut en suami sy ker germany.. jd doc sy dah bekalkan surat utk pastikan yg sy boleh fly.. jd utk makluman semua,jika anda mengandung atau prengnat tolong check dgn doc boleh atau tak naik kapal terbang?minta pendpt doc faham,bukan main naik ja,, semua itu risiko.. doc sy siap pesan nak pergi ikut en suami sy boleh tp balik before 10/11.. sy bgtau sy balik ok 8/11.. jadi syukur alhamdulillah semua selamat dgn nasihat doc,, bukan sy main suka2 naik kapal terbang faham,kastam pun tgk surat dr doc sy faham,diaorg takkan lps tanpa surat doc faham.. jadi moral of the story jk anda mengandung tolong jumpa doc dahulu faham,jgn dgr cakap org faham,tanpa nasihat doc dan surat doc anda tak dibenarkan naik kapal terbang fahammmmmm. .... harap penjelesan sy jelas yerk utk semua.. tq tq

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on


Doktor telah mengeluarkan surat memberi kebenaran untuk Almy mengikuti suaminya.

Almy menegaskan kepada netizen supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang risiko.

Almy juga mengingatkan kepada netizen supaya tidak sesuka hati menaiki kapal terbang tanpa surat doktor dengan kandungan yang sarat.

Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut berkongsi pengalaman mereka menaik kapal terbang ketika mengandung.

Almy dan Fizz bernikah pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Arianna, 3 dan Aurora, 1.