Kamaruddin Razal
Mon Nov 12 2018
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tampil menjelaskan insiden yang terjadi antara dirinya dan pengacara Sherry Alhadad.
Baru-baru ini, sebuah video Ayda memperkatakan mengenai saiz kaki Sherry tular di laman sosial.
Ramai netizen yang mula mengecam Ayda dan menuduh pelantun lagu Pencuri Hati ini melakukan 'body shaming' terhadap Sherry.
Tidak melatah dengan isu terbabit, Ayda menjawabnya dengan tenang ketika dihubungi oleh Gempak.
"Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazakan dialog tersebut.
"Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
"Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang.
"Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf.
"Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali berniat mahu menghina sesiapa," katanya.
Enggan memanjangkan perkara tersebut, Ayda menjadikan insiden ini sebagai peringatan untuk dirinya.
"Saya percaya apa yang telah terjadi ini ada hikmahnya. Baik atau buruk saya menerima dengan berlapang dada.
"Saya menjadikan ia sebagai proses pembelajaran untuk saya memperbaiki diri.
"Saya anggap kecaman dan teguran yang datang itu kerana mereka sayang dengan saya. Saya menerimanya dengan positif," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Ayda bakal muncul dengan single bertajuk Temberang ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.