Penyanyi Aizat Amdan menjelaskan dia amat meminati kerja belakang tabir seperti menulis lirik dan bermain alat muzik.

Menurut Aizat, ketika usia kecilnya, dia tidak bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi.

"Sejak kecil, saya tak pernah terfikir nak jadi penyanyi kerana saya sangat meminati kerja belakang tabir.

"Bagi saya, menulis lagu dan bermain alat muzik sangat memberi kepuasan, saya sangat gembira apabila mendengar lagu hasil tulisan saya didendangkan.

"Namun begitu, ia tidak bermaksud saya tidak menyukai karier sebagai penyanyi, cuma pada masa yang sama,saya akan turut aktif membuat kerja-kerja belakang tabir," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Aizat sedang sibuk membuat persediaan untuk single terbarunya yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan disamping aktif menulis lagu untuk beberapa artis tempatan.