Percintaan mereka berdua bukan lagi satu rahsia. Kalau dahulu, Syafie sememangnya jarang untuk berkongsi kisah cintanya kepada umum, namun kini beliau lebih terbuka dengan memuat naik gambar-gambar serta video bersama Aishah Azman.

Terbaru, Syafie memuat naik sebuah video makan malam bersama Aishah. Nampak seperti sebuah video biasa tetapi ada sesuatu yang berbeza.

May All The Relationship You Create This Year Be Built On A Solid Foundation Of Love, Reciprocity, And Joy ?? @aishahazman8

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on


“I wanna grow old with you,' tulis Aishah di ruang komen, dan di balas oleh Syafie dengan jawapan “Amin, same goes to me.”

Bila ditanya Gempak bilakah agaknya dia mahu melamar Aishah, Syafie dengan tenang menjawab 'dalam proses mengumpul duit'.

“Cita-cita untuk membeli rumah buat Emak sudah tercapai. Mungkin ini masanya untuk mengumpul duit ke arah yang lagi satu.” kata Syafie sambil tersenyum.

Dalam perkembangan terbaru, Syafie bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 yang bakal ditayangkan pada 22 November 2018.