Penyanyi Noryn Aziz sekali lagi merampas takhta pertama dengan markah cemerlang sebanyak 71.55 peratus di Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung malam tadi.

Biarpun persembahannya disifatkan sebagai 'tawar' oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Noryn telah jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, Amelina yang berada ditempat kedua dengan markah sebanyak 67.2 peratus.

Dua peserta yang mendapat markah paling rendah ialah Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terpaksa akur apabila langkah mereka terhenti di peringkat separuh akhir.

Selain Noryn dan Amelina, empat lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.

Bertemakan ‘Road To Final’, malam tadi menyaksikan setiap bintang melunaskan dua persembahan.

Pemarkahan peserta diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Yusof Haslam yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

1.Noryn Aziz 71.5%

i) Dahsyat

Datuk Khadijah Ibrahim - Saya suka sebab awak menyanyi dengan ikhlas dan penuh penghayatan.

ii) Cintaku 100%

Datuk Ramli MS - Tak payah cakap lah... Tawar!

2.Amelina 67.2%

i) Tua Mengejar Kita

Datuk Khadijah Ibrahim - Best! Awak faham apa yang awak nyanyikan.

ii) Kuch Kuch Ho Ta Hai

Datuk Ramli MS - Ringan sangat suara...macam pakai head voice saja...

3.Dia Fadila 66.4%

i) I Don’t Want To Miss A Thing

Datuk Ramli MS - Awal tu agak kurang energy, separuh yang akhir tu sahaja awak betul-betul menyanyi

ii) Pematah Hati

Datuk Yusof Haslam - Dari persembahan pertama, saya rasa ini lebih baik

4.Maya Ruslee 66%

i) Ikut Rentakku

Datuk Khadijah Ibrahim - Ada silap sikit tapi bagus kerana ikhlas dalam nyanyian

ii) Tiada Kepastian

Datuk Ramli MS - Sound very tired bila duduk tak sampai. Next time perlu berdiri.

5.Zamani 64.4%

i) Dekat Padamu

Datuk Ramli MS - Saya tak nak komen apa-apa... Thank you

ii) Di Matamu

Datuk Ramli MS - Kamu patut menyanyi begini dari minggu pertama kerana ini baru standard kamu

6.Billy Zulkarnain 61.05%

i) Mengenangmu

Datuk Yusof Haslam - Saya tengok kamu minggu lalu dan saya tahu kamu dua ada bakat. Saya menanti persembahan kedua kamu.

ii) Mulanya Disini

Datuk Khadijah Ibrahim - Saya enjoy!Saya harap kamu ke final...

7.Hetty Sarlene 60.2%

i) Pencuri Hati

Datuk Ramli MS - Satu saja saya nak cakap, kamu ada satu lagi persembahan, make sure all out!

ii) Kemaafan Dendam Yang Terindah

Datuk Yusof Haslam - Persembahan pertama tadi dah lulus. Persembahan kedua ni feel seperti berlakon dengan memek muka dan vokal bagus.

8.Forteen 58.1%

i) Potret

Datuk Yusof Haslam - Saya mengikuti Forteen... Saya akui kamu semua memang ada bakat. Saya mahu lihat lebih di persembahan kedua

ii)Cinta Di Akhir Garisan

Datuk Khadijah Ibrahim - Saya terhibur...persembahan kamu semakin baik setiap minggu

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.