Pelakon Lufya Omar mengimbas kembali memori sewaktu mengandungkan anak sulungnya, Laana Haura tahun lalu.

Lufya berkongsi momen itu menerusi foto throwback yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Kata Lufya, pada ketika itu berat badannya telah mencecah 90 kg.

“Throwback picture taken last year. Masa ni Laana Haura dah tak sabar nak keluar dah. Muka kaki segalanya la dah bengkak.

“Tak sanggup nak tengok cermin masa ni. Last berat Lufya mengandung 90kg tau! Percaya tak?

“Syukur Alhamdulillah slowly dah turun tapi belum capai berat masa belum kawin dulu. Mulut tak boleh nak zip haha.

“Saja throwback gambar Baby Shower last year sebab our Princess Laana Haura dah almost setahun Ahad ni. Wow! Cepatnya masa berlalu,” tulisnya.

Throwback picture taken last year. Masa ni Laana Haura dah tak sabar nak keluar dah. Muka kaki segalanya la dah bengkak? Tak sanggup nak tengok cermin masa ni. Last berat Lufya mengandung 90kg tau! Percaya tak?? Syukur alhamdulillah slowly dah turun tapi belum capai berat masa belum kawin dlu.. mulut takleh nak zip? haha. . Saja throwback gambar Baby Shower last year sebab our Princess Laana Haura dah almost 1 year Ahad ni.. wow! Cepatnya masa berlalu.. mummy excited ni!!! Korang excited tak? Ada 2 followers yang Lufya dah jemput ke 1st Birthday Party Laana Haura. Rasanya nak jemput lagi 3 orang? Ada yang sudi? Komen sayang tak kat Laana Haura/ doa untuknya dan nyatakan anda dari mana ya. . Salam Jumaat dan jangan lupa banyakkan berselawat. Semoga Allah memudahkan urusan kita sepanjang minggu ini. Aamin?

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura yang kini berusia 11 bulan.

Foto: Instagram @lufyalaana