Keputusan KRU membubarkan kumpulan mereka selepas 25 tahun berjuang dalam industri muzik tempatan sememangnya memberi tamparan hebat pada peminat tapi nampaknya salah seorang anggota mereka, Edry Abdul Halim membawa berita gembira.
Menerusi satu status yang dikongsi abang Edry iaitu Datuk Norman di media sosial semalam menyatakan Edry sedang menyiapkan single pertama di bawah label KRU Entertainment UK yang berpusat di Manchester, United Kingdom.
Pada awal bulan lalu, label tersebut ada mengumumkan hasrat mereka mahu mencari bakat baru menerusi uji bakat yang akan diumumkan kelak.
Nyata, status Norman itu mengundang tanda tanya pada peminat KRU sendiri mengenai kumpulan rap terkenal itu sama ada bakal kembali membuat 'comeback' atau sebaliknya.
"Ingatkan abg Edry dah bersara dr muzik.. hehee... Terbaik la... All the best abang abang Kru," kata netizen yang dikenali sebagai @rizanarashid.
Status itu berserta gambar Edry yang sedang bekerja dalam sebuah studio menarik perhatian netizen termasuk rakan artis sendiri.
"Nak jadi artis kru boleh takkk?," komen Datuk Afdlin Shauki.
Mungkin ia hanya gurauan, Norman turut membalas komen Afdlin dengan menyatakan agar rakannya itu berjumpa dengan Edry di Manchester.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @afdlinshaukiofficial & edryabdhalim
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita