Kerana Rindu, Shuib Bawa Sarah Tunai Umrah Kali Kedua 14 November Ini

Hiburan
Kerana Rindu, Shuib Bawa Sarah Tunai Umrah Kali Kedua 14 November Ini
Pelawak Shuib Sepahtu bakal menunaikan ibadah Umrah kali kedua bersama isterinya Siti Sarah.

Shuib berkata rasa rindu untuk berada di tanah suci mendorongnya menunaikan ibadah tersebut sekali lagi.

“Sebenarnya, selepas saya pergi Umrah kali pertama pada Ramadan lalu, saya akui dia punya rindu untuk kembali ke sana amat kuat.

“Saya beritahu Sarah, jika ada rezeki saya mahu mengerjakan Umrah dua kali setiap tahun,” katanya kepada Gempak.

Pasangan itu bakal berangkat ke tanah suci pada 14 November ini.

“Saya akan pergi berdua sahaja dengan Sarah dan terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

“Kami akan berada di sana selama lebih kurang 14 hari dan harapnya segala urusan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
 

Artikel Berkaitan