Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.
"Saya menangis satu minggu ... saya tidak boleh makan, tidur pun tidak boleh," kata Chong Wei, dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebentar tadi.
Namun, katanya beliau harus kekal tenang ketika menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.
"Saya dirawat oleh tujuh orang doktor, empat daripada mereka adalah peminat saya, dan mereka sangat mengharapkan agar saya dapat kembali bermain seperti biasa secepat mungkin.
"Perlu kuat dan tabah dan kehidupan perlu diteruskan. Rawatan kanser saya sangat sukar, makan tidak boleh dan saya hanya mampu minum susu," kata Chong Wei.
Chong Wei, 36, turut mendedahkan beliau baharu sahaja pulang dari rawatan susulan di Taiwan semalam.
"Doktor lebih memahami keadaan tubuh saya. Buat masa ini, saya hanya menjalani latihan biasa, tiga kali seminggu untuk mengekalkan tahap kecergasan saya," kata Chong Wei, sambil menambah latihan fizikal itu hanya dijalankan di rumah.
Memandangkan tahap kesihatannya, Chong Wei turut berkata keluarganya tidak menggalakkan beliau untuk kembali aktif dalam arena badminton.
"Isteri saya (Datin Wong Mew Choo) juga tidak begitu menggalakkan saya untuk menyambung karier saya ini. Namun, atas dasar sayangkan badminton, mereka akur dengan keputusan saya untuk terus bermain," kata Chong Wei.
Sementara itu, Chong Wei berkata beliau tekad untuk meneruskan kariernya sehingga ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.
Menurutnya, dia yakin kondisi kesihatannya sempurna dan mampu beraksi semula seperti yang dimaklumkan oleh tujuh pasukan doktor perubatan dari Taiwan.
"Saya sayang badminton dan ini untuk Malaysia," katanya lagi.
Sebelum ini, Chong Wei telah menerima rawatan kanser hidung selama dua bulan di Taiwan. Beliau dibenarkan pulang ke tanah air pada awal Okt, namun sebelum tiba di Malaysia, beliau telah berpesan kepada pihak media tempatan untuk tidak menunggunya.
"Saya menerima banyak permintaan untuk ditemu ramah namun, keadaan saya waktu itu keadaan saya tidak mengizinkan saya bertemu media. Leher saya terbakar akibat rawatan barah itu," katanya.
Sumber: Astro Awani
Foto: Washington Post
Kamaruddin Razal
Thu Nov 08 2018
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu