Bintang Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Zero seolah-olah belum bersedia apabila hadir ke sesi pembentangan idea bersama dengan pihak produksi dengan cerita yang tidak langkap.

Sesi pembentangan idea yang menyaksikan Zero yang dianggotai oleh Syaiful, Atu dan Sharif masih belum menentukan jalan cerita yang ingin dipersembahkan di atas pentas MLM 2018 esok.

Bagaimanapun, Zero ketika ditemui akui sudah mula merasai tekanan walaupun baru minggu kedua program berkenaan berlangsung.

“Sebenarnya cerita kami kena tolak, jadi kami tengah stress mahu fikir bagaimana nak bagi orang gelak.

“Sedikit tertekan, bukan senang nak cari content, nak buat orang gelak pun tidak mudah,” katanya ketika ditemui Gempak di Shah Alam Royal Teater hari ini.

Jadi bagaimanakah agaknya persembahan Zero untuk minggu kedua yang bertemakan Bebas?

Jangan lupa saksikan MLM 2018 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Douglas Lim, Tya Arifin, Remy Ishak dan Scha Alyahya.

MLM 2018 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2018 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Punch Line Machine, KLIK DI SINI.