Selepas Pencapaian Crossroad: One Two Jaga, Namron Kembali Bersama Masterpiecisan

Hiburan
Selepas Pencapaian Crossroad: One Two Jaga, Namron Kembali Bersama Masterpiecisan
Kejayaan filem Crossroad: One Two Jaga sebagai Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada majlis Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan karya Namron diiktiraf industri perfileman tanah air.

Pernah dilabel sebagai filem yang membawa erti merdeka sebenar daripada perspektif pengarah filem terkenal, Nasir Jani, rupanya karya Namron tidak hanya terhenti di situ saja.

Dia berkongsi beberapa gambar ketika penggambaran filem terbaharunya itu dijalankan baru-baru ini.

Namron memberitahu dalam salah satu status di Instagramnya, @_nam_ron, filem tersebut turut memaparkan karakter skinhead yang pernah ditonjolkan dalam filem indie pertamanya sebelum ini berjudul Gedebe.
 

Bagaimanapun, dia menjelaskan filem terbaharunya itu bukan memaparkan cerita skinheads tapi diberi judul Masterpiecisan.

"Kehidupan ini penuh drama, baik di luar mahupun di dalam skrin. Dan, drama inilah yang mewarnai kehidupan kita. 

"Masterpiecisan sudah Wrap semalam. Saya ambil kesempatan mohon ribuan maaf buat seluruh team, jika ada salah dan silap saya sepanjang tempoh kita berkerjasama. 

"Terima kasih kerana berkerja bersama saya dengan penuh Kasih, Sayang dan Cinta. Ingat anda semua telah menjadi sebahagian dari masterpiecisan," katanya.



Namron menambah, penggambaran filem itu dapat diselesaikan dalam tempoh 13 hari dari jadual asal iaitu 15 hari.

"Alhamdulilah amanah dapat dikerjakan sehingga selesai walaupun kami berkerja secara average nya 12 jam (hanya sehari sahaja yang ter overtime).

"Team Masterpiecisan is the best. Puas hati dapat berkerjasama. Terima kasih Allah," katanya.

Daripada komen netizen, ramai peminat tidak sabar menyaksikan filem tersebut. Ada juga peminat mengucapkan tahniah pada aktor itu di atas penghasilan filem terbaharunya itu.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @_nam_ron
 

Artikel Berkaitan