Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz bersyukur kerana muzik video lagu nyanyiannya, Dan Ketika Itu sudah mencecah 1.5 juta tontonan di YouTube

Muzik video yang menampilkannya sebagai pengantin perempuan sedang bersanding seorang diri di atas pelamin itu juga telah menjadi trending nombor satu selama empat hari di laman tersebut.

“Terima kasih untuk 1.5 juta tontonan di YouTube dalam masa 4 hari dan masih trending no. 1

“Semoga semua yang menonton video ini di bawah lindungan Allah,” tulisnya.

Zulin berkongsi kegembiraan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi posting sebelum itu, Zulin meminta agar penonton melupakan kisahnya sebelum ini yang terpaksa membatalkan perkahwinannya.


“Allahuakhbar! Allah maha mendengar dan mengizinkan apa yg saya buat ini dan tahu niat saya.Allahuakhbar!

“Terima kasih semua. Tolaklah tepi kisah saya tak jadi kawen tu sbb saya tau xpenting utk anda tahu tp ambilah msg yg saya cuba sampaikan tu,” tulisnya lagi

Pada awal bulan lalu, Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan.

Terima kasih untuk 1.5 M Tontonan di youtube dalam masa 4 hari dan masih trending no 1. Semoga semua yg menonton video ini dibawah lindunganNya,Amin ya rab❤️ #danketikaitu #syukurAlhamdulillah

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on