Pelakon popular Rita Rudaini mengakui tidak menyangka dapat membesarkan dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seorang diri selepas berpisah dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita berkongsi kisah pengalaman dia membesarkan dua orang anaknya itu seorang diri.

"Tak sangka boleh buat sendiri sorang-sorang. Struggle juga dulu, dua-dua masih kecil berebut nak dukung walaupun ada stroller.

"Pastu bila malam, budak-budak dah tidur, baru mommy lepas menangis sorang-sorang sebab penat.

"Cakap dalam hati 'cepat la besar, cepat la berjalan, mommy tak larat sorang-sorang'.

"Bila teringat semua tu macam rasa nak ulang balik zaman diaorang kecil. Rindu nak dukung dorang pula," tulisnya.

Tak sangka...boleh buat sendiri sorang2...Struggle gak dulu,dua2 masih kecik berebut nk dukung walaupon ada stroller...pastu bila mlm,budak2 dah tido,baru mommy lps nangis sorg2 sbb penat...ckp dlm hati 'cpt la besar,cpt la berjln,mommy xlarat sorg2' ...bila teringat smua tu mcm rasa nk ulang balik zaman dorg kecik..rindu nak dukung dorang pulak ?

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Rata-rata mengakui kagum dengan pergorbanan yang dilakukan oleh Rita dan mendoakan agar dia segera bertemu pengganti selepas ini.

Rita yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.