"Ini Memang Gosip Mengarut & Tak Masuk Akal" - Amelina Nafi Bergaduh Dengan Kumpulan Forteen

Hiburan

Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Amelina mengakui terkejut apabila dirinya dikatakan mempunyai masalah dengan anggota kumpulan Fourteen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amelina menjelaskan ada pihak sengaja cuba untuk membuat cerita dengan menumpang populariti yang ada pada mereka.

"Kak Long bergaduh dengan @official.forteen di #GegarVaganza?! Ishhhhh ni memang gosip mengarut & tak masuk akal! Ini memang saja nak cari pasal dengan Kak Long ni.

"Seriously adik-adik @official.forteen ni adalah paling akrab dengan Kak Long sepanjang 7 minggu di #GV5 ni. Dorang ni penghibur untuk Kak Long setiap kali rehearsal, make up atau ketika nak menunggu kat backstage. 

"Lagipun management Kak Long sendiri rapat dengan dorang & manager budak-budak ni. Kesemua dorang ni ‘masuk air’ macam Kak Long gak, gelak je keje kitaorg kalau berjumpa. Takdanya nak stress-stress, fikir sapa nak menang ke langsung takda tau!.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#NewsUpdate Hah?! Kaklong bergaduh dengan @official.forteen di #GegarVaganza?! Ishhhhh ni mmg gosip mengarut & tak masuk akal! Ini mmg saja nak cari pasal dgn Kaklong ni.. 😑😑😑 . Seriously adik2 @official.forteen ni adalah paling akrab dgn Kaklong sepanjang 7 minggu di #GV5 ni. Dorang ni penghibur utk Kaklong setiap kali rehearsal, make up atau ketika nk menunggu kt backstage. Lagipun management Kaklong sendiri rapat dgn dorang & manager budak2 ni. Kesemua dorang ni ‘masuk air’ mcm Kaklong gak, gelak je keje kitaorg kalau berjumpa. Takdenya nak stress2, fikir sape nak menang ke langsung takde tau! 😜🀣😎 . So netizen yg cakap kami bermasam muka mmg saja nk create cerita! Nak tumpang populariti kitaorg lah tu! πŸ˜œπŸ€£πŸ˜‚. Sudahhhhhhh! Apapun thanks to @kellyazman dari @malaysiagazette atas pencerahan ini ya! β€οΈπŸ™πŸ»πŸŒΊ . S L I D E T O T H E L E F T for more videos by @malaysiagazette . Jgn fikir negatif lagi dah, baik kita fokus pada team masing2. Byk lagi perancangan yg perlu dibuat & difikirkan lepas #GV2018 ni. So kesayangan semua, baik kita practice utk tarian #Bollywood minggu ni k. Nanti bolehlah kita menari sama tauuuu... πŸ’—πŸ’—πŸ’— . #MindOrder #MindOrderManagement #Amelina #AmelinaxMindOrder @amelinasoul @mindorder @gegarvaganzaofficial

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


"So netizen yang cakap kami bermasam muka memang saja nak create cerita! Nak tumpang populariti kitaorglah tu! Sudahhhhhhh!.

"Jangan fikir negatif lagi dah, baik kita fokus pada team masing-masing. Banyak lagi perancangan yang perlu dibuat & difikirkan lepas #GV2018 ni. 

"So kesayangan semua, baik kita practice untuk tarian #Bollywood minggu ni k. Nanti bolehlah kita menari sama tau," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Amelina fokus pada persembahannya pada minggu ini dan tidak menghiraukan kata-kata negatif yang diberikan oleh netizen padanya.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
 
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.  

Artikel Berkaitan