Pengacara dan pelakon Neelofa memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada datuknya, Haji Noor Mohamed yang kini dimasukkan ke hospital.

Menerusi Instastory di Instagram miliknya, Neelofa berkongsi video keadaan datuknya serta memberitahu akan bertemu dengannya dalam masa terdekat ini.

"I'll see you soon abah. Please make duaa for my grandfather.



May Allah grant him shifa. Ameen," tulis Neelofa.

Neelofa meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat bersama datuk dan ahli keluarganya di saat ini atas faktor kerja.

Neelofa mengaku dia mampu untuk menempuh segala cabaran dan dugaan yang datang namun kali ini amat berat buat dirinya.

Neelofa juga berpesan kepada pengikutnya supaya selalu meluangkan masa bersama yang tersayang, selagi mereka masih kuat dan sihat.