Punca kematian pe­nyanyi rap, Mac Miller dan juga bekas teman lelaki penyanyi terkenal Ariana Grande sudah diketahui.

Selepas melakukan bedah siasat, pejabat koroner Los Angeles mengesahkan punca kematian Miller adalah akibat me­ngambil campuran dadah yang tinggi kandungan toksin, termasuklah opioid fentanyl dan kokain.

Miller, 26, atau nama sebenarnya Malcolm McCormick, ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya di Los Angeles pada 7 September lalu.

Penyanyi itu pernah menjalinkan hubungan dengan Ariana Grande selama dua tahun sebelum kedua-duanya berpisah awal tahun ini.

Kematian Miller juga didakwa merupakan salah satu punca perpisahan Grande dengan teman lelaki baharunya, Pete Davidson.

Susulan perpisahan tersebut, Grande mengeluarkan sebuah lagu baharu berjudul Thank U, Next bagi menzahirkan perasaan sayangnya terhadap Miller dan Davidson.

Sumber: CNN