Penyanyi Shidi Data akui terkejut dan panik apabila berhadapan dengan situasi apabila ada seseorang yang digelar 'Kak Nab Drummer' tiba-tiba rebah ketika menonton persembahannya.

Namun ia bertukar menjadi lucu apabila ia sebenarnya adalah ‘prank’ untuk kejutan sempena hari lahirnya.

Dalam kejadian, "Kak Nab Drummer' yang merupakan seorang lelaki yang menyamar menjadi seorang makcik tiba-tiba rebah dan telah mendapat perhatian bekas bintag Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu.

Namun tiba-tiba lagu hari jadi dimainkan dan wajah Shidi terus berubah dan mula tersenyum apabila semua menyanyikan lagu sempena hari lahirnya berama-ramai.

“Memang panik semalam bila tragedi macam ini terjadi...cuba mengawal situasi tapi rupanya diorang buat birthday prank...hari ni dlm sejarah,terkena sungguh smlm...

“Apapun tkasih pada pihak penganjur dan juga kaknab drummer selaku lakonan utama,dan juga semua yg terlibat utk celebrated birthday saya...tkasih semua @shididatafanclub,” tulisnya.

Shidi meluahkan rasa gembiranya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Serta berkongsi video ketika kejadian berlaku.

Rata-rata turut memberi ucapan hari jadi serta mendoakan segala kebaikkan buatnya.

Mmg panic semalam bila tragedi mcm ni terjadi...cuba mengawal situasi tapi rupanya diorang buat birthday prank...hari ni dlm sejarah,terkena sungguh smlm...apapun tkasih pada pihak penganjur dan juga kaknab drummer selaku lakonan utama,dan juga semua yg terlibat utk celebrated birthday saya...tkasih semua @shididatafanclub

A post shared by SHIDI DATA (@shididataofficial) on