Pelakon filem Polis Evo 2, Shaheizy Sam akui bergilir-gilir menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun enam bulan.

Menurut Sam, dia lebih selesa sekiranya putera sulungnya itu membesar di bawah jagaannya sendiri

“Alhamdulillah, Tilla sekarang dah hamil empat bulan. Saya sendiri dapat merasakan perubahan pada kehidupan kami selepas ada anak.

Tak moleh nak bokak mata ke? ia silau macam Bapak eh? @syerivsamheizy ❤️

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

“Sangat berlainan, nak pergi kerja pun susah bila memikirkan ada anak kecil. Jadi apa yang kami lakukan adalah menjaga Syeriv bergilir-gilir.

“Kalau dia kerja, saya akan jaga dan begitu juga sebaliknya. Buat masa ini kami belum lagi berani nak bagi orang lain jaga anak.

“Kalau dulu mummy yang tolong, tetapi mummy pula sudah pindah ke Melaka dan menetap di sana.

❤️ @syerivsamheizy

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


“Alhamdulillah, setakat ini tak ada masalah sebab kami berdua boleh bahagikan masa dengan baik,” jelasnya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dengan filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag yang akan ditayangkan di pawagam seluruh nergara pada 22 November ini.

Selain Sam, filem itu juga turut menggabungkan bintang dari Indonesia dan Singapura antaranya Raline Shah dan Hasnul Rahmat.

Manakala bintang lain yang terlibat adalah Zizan Razak, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jkan, Shafie
Naswip dan ramai lagi.

Foto: Instagram @shaheizysam