Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila percubaanya menjadi hos di Anugerah Skrin 2018 mendapat pujian daripada orang ramai.

Menurusi entri di Instagram (IG), Elly berharap agar mendapat banyak lagi tawaran untuk menjadi hos dalam sesebuah rancangan selepas ini.

"Terus rasa nak balik Kuala Lumpur sekarang juga. Thank You semua yang sudi menonton.

"Saya sekadar mencari rezeki dan buat kerja untuk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia.

"Semoga terus diberi peluang dan kesihatan yang baik, Insya Allah Amin.

Trus rasa nak blk kl skrg juge ????? .. tq smua yg sudi menonton . saya sekadar mncari rezki dan buat keja utk menjaga amanah saya iaitu Abah & Sefhia .. moga trus diberi peluang & kesihatan yg baik, InsyaAllah Amin . T E R I M A K A S I H buat semua .. tq sgt ??? . utk @shuk_hotfm tq byk membantu .. moga dpt mengehos bersama lg, InsyaAllah ??? . Yeayyyyyyy . Yg pnting adik kak pommm ada kat blkng kak pommmm @ryzal_jaafar .. rindu kakak koreahhhhhh x? . Kakak pommm pun nmpak @hj.zil .. letoppppp ek ??? .. bila ntah nak pi London pulak .. ritu bali x jd ???

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on


"Terima kasih buat semua. Thank you sangat-sangat untuk @shuk_hotfm kerana banyak membantu. Semoga dapat mengehos bersama lagi, InsyaAllah," tulisnya.

Rata-rata memuji cara spontan Elly mengacara dan berharap dia diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah rancangan suatu hari nanti.