Hari ini masuk ulang tahun yang keempat buat cahaya mata Fasha Sandha, Putri Raysha Jemyma. Dalam satu posting di Instagram, Fasha menulis satu surat cinta buat puterinya itu.

Surat Cinta Untuk Jemyma
Anak ibu
Putri Raysha Jemyma
7hb Nov
Cepatnya masa berlalu. Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu. Ibu sayangkan Abang Rayfal dan Adik, lebih daripada ibu sayangkan nyawa ibu.

Ibu tahu ibu bukan seorang ibu yang sempurna, ibu tak dapat memberkan keluarga yang sempurna untuk abang dan adik, tetapi ibu akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak-anak ibu.

Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar di rumah ibu tanpa seorang ayah. Alhamdulillah kita masih mampu tersenyum dan bahagia bersama.

Di hari lahir mu sayang, ibu doakan agar adik membesar dengan baik, sihat dan bijak. Ibu sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak ibu.

Di waktu ibu masih kecil, ibu membesar tanpa seorang ayah tetapi Nanni membesarkan ibu dengan baik dan sempurna sehingga ibu Berjaya, dan ibu mengharapkan agar ibu juga dapat buat yang terbaik untuk kedua anak ibu.

#jemymaturns4 Surat Cinta Untuk Jemyma Anak ibu Putri Raysha Jemyma 7hb Nov Cepatnya masa berlalu Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu Ibu Sayangkan Abang Rayfal dan Adik, lebih daripada ibu sayangkan nyawa ibu. Ibu tahu ibu bukan seorang ibu yang sempurna, ibu tak dapat memberikan keluarga yang sempurna untuk abang dan adik, tetapi ibu akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan yang sepenuhnya untuk anak2 ibu. Pejam celik dah genap 3 tahun Jemyma membesar dirumah ibu tanpa seorang ayah. Alhamdulillah kita masih mampu tersenyum dan bahagia bersama. . Dihari lahir mu sayang, ibu doakan agar adik membesar dengan baik, sihat dan bijak. Ibu sentiasa mendoakan yang baik2 untuk anak ibu2. Di waktu ibu masih kecil, ibu membesar tanpa seorang ayah tetapi nanni membesarkan ibu dengan baik dan sempurna sehingga ibu berjaya, dan ibu mengharapkan agar ibu juga dapat buat yang terbaik untuk kedua anak ibu. Jemyma Sayang,Terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu , dan mewarnai hidup ibu dengan penuh keceriaan. Ya adakalanya ibu dibuli, tapi ibu terima seadanya, dan mengharapkan Jemyma akan menghargai segala pengorbanan ibu dan keluarga terutama dada, Nani dan Mucha yang bersusah payah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak2 ibu. Jemyma adalah kesayangan semua, seorang yang penyayang dan pandai ambil hati. Kekalkan sifat ini sampai bila2 sayang. Tidak rugi untuk kita berbuat baik dan menyayangi kerana itu adalah sifat yang mulia. Ibu harap Jemyma dapat baca ucapan ibu ni bila besar nanti. selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu, Nyawa ibu. Semoga Allah memberikan kebahagiaan selama lamanya untuk kita sekeluarga. ❤️ Ibu sedang menulis sambil menitiskan air mata kesyukuran ❤️ . I love you My Princess . #jemymaturns4 Gambar kenangan di #jemymaturns3 #jemymaturns2 #jemymaturns1 ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Jemyma sayang, terima kasih kerana hadir dalam hidup ibu, dan mewarnai hidup ibu dengan penuh keceriaan. Ya adakalanya ibu dibuli, tapi ibu terima seadanya, dan mengharapkan Jemyma akan menghargai segala pengorbanan ibu dan keluarga, terutama dada, Nani dan Mucha yang bersusah payah memberikan yang terbaik demi kebahagiaan anak-anak ibu.

Jemyma adalah kesayangan semua, seorang yang penyayang dan pandai ambil hati. Kekalkan sifat ini sampai bila-bila sayang. Tidak rugi untuk kita berbuat baik dan menyayangi kerana itu adalah sifat yang mulia.
Ibu harap Jemyma dapat baca ucapan ibu ni bila besar nanti. Selamat hari lahir yang ke 4 sayang ibu, nyawa ibu.

Semoga Allah memberikan kebahagiaan selama-lamanya untuk kita sekeluarga. Ibu sedang menulis sambil menitiskan air mata kesyukuran.

I love you My Princess.