Pelakon Nadzmi Adhwa terharu apabila menerima kejutan hari jadi yang sangat bermakna daripada teman tapi mesranya, Ardell Aryana semalam.

Menurut Nadzmi dia menyangka Ardel sudah lupa akan hari lahirnya kerana tiada ucapan daripada pelakon wanita itu sehingga petang semalam.

Namun sangkaannya salah, Ardell muncul di rumahnya dan membawa kejutan kek serta beberapa hadiah di dalam kotak termasuk sebuah Iphone XS Max di dalamnya.

Semalam, Nadzmi meluahkan perasaannya kepada Ardell menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Kata Nadzmi walaupun Ardell dua tahun lebih tua daripadanya, namun dia berharap agar mereka dipertemukan jodoh.

“Terima kasih @ardellaryana Aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak wish aku tunggu je .Rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya ...Kenapa kau belikan benda benda mahal ni semua untuk aku... Iphone XS Max tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli.. Pandaikan kau beli pam asma tu mentang mentanglah aku selalu semput. Yang paling penting sekali team kita minat sama ! Arsenal ! Die hard fans dari kecil lagi sama dengan kau... Aku doakan kau sihat supaya nanti kita boleh futsal macam dulu dulu. Semoga kau sembuh sepenuhnya. Ingat ,Walaupun orang cakap kau friendzone aku tapi aku tak kesah weh. Diorang tak tahu. kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi...Sayang sangat !!! Terima kasih untuk semua ni, terima kasih juga semua family kau. Weh kita walaupun beza 2 tahun kau acah acah anggap aku adik , tapi takpe kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak jugak... Opps. Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Takpe aku cepat cepat dewasa okay supaya kau nampak aku ni dah matang.. Semoga Allah bukakan pintu hati kau yang keras tu untuk aku. Eh eh!To all girls out there yang nak bagi suprise kat kawan lelaki boleh bertapa dulu dengan @ardellaryana ni. Dia ni pun dah macam lelaki dah opss, and kekadang kan @ardellaryana aku rasa kau lebih lelaki dari aku... Terima kasih untuk semua ni,” tulisnya.

Nadzmi turut memuat naik momen saat dia menerima kejutan tersebut.

Rata-rata turut mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh dan bahagia bersama.

Terima kasih @ardellaryana ? Aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak wish aku tunggu je ? Rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya ? Kenapa kau belikan benda benda mahal ni semua untuk aku ? Iphone XS Max tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli ? Pandaikan kau beli pam asma tu mentang mentanglah aku selalu semput. Yang paling penting sekali team kita minat sama ! Arsenal ! Die hard fans dari kecil lagi sama dengan kau ? Aku doakan kau sihat supaya nanti kita boleh futsal macam dulu dulu. Semoga kau sembuh sepenuhnya. Ingat ,Walaupun orang cakap kau friendzone aku tapi aku tak kesah weh. Diorang tak tahu. kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi ? Sayang sangat !!! Terima kasih untuk semua ni, terima kasih juga semua family kau. Weh kita walaupun beza 2 tahun kau acah acah anggap aku adik , tapi takpe kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak jugak ? Opps. Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Takpe aku cepat cepat dewasa okay supaya kau nampak aku ni dah matang ? Semoga Allah bukakan pintu hati kau yang keras tu untuk aku. Eh eh ? To all girls out there yang nak bagi suprise kat kawan lelaki boleh bertapa dulu dengan @ardellaryana ni. Dia ni pun dah macam lelaki dah opss, and kekadang kan @ardellaryana aku rasa kau lebih lelaki dari aku ??? Terima kasih untuk semua ni. Kau memang legend kakak ! ?? #WanitaKu #AdhwaTurns26 #NovemberBabies #Scorpio #YaGunnersYa #COYG Dalam kad tulis hadiah tak seberapa ? Tapi hadiah kau bagi bapak berapa rapa ??

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on