Annyonghaseyo! Anda peminat setia drama Korea seperti Hwarang The Beautiful Knights atau Moonlight Drawn By Clouds? Teringin untuk ke set penggambaran drama bersiri mereka?

Adakah anda juga ingin menyaksikan konsert istimewa Music Bank sempena ulangtahun KBS World? Sertai peraduan Kimchi Gempak!

Caranya sungguh mudah! Anda hanya perlu merakamkan video parodi berdasarkan adegan video yang disediakan di www.astrogempak.com.my/kimchigempak secara kreatif. Seterusnya, muat naik video parody tersebut di laman Instagram beserta dengan hashtag #KimchiGempak.

Jangan lupa untuk menghantarkan link Instagram penyertaan anda di laman web www.astrogempak.com.my/kimchigempak. Langkah terakhir, anda perlu melengkapkan slogan menarik sebelum menghantar penyertaan dan jangan lupa untuk memastikan akaun Instagram anda boleh dilihat umum.

Sebagai ganjaran, seorang pemenang akan mendapat peluang eksklusif untuk diterbangkan ke Korea! Anda berpeluang untuk ke set penggambaran drama bersiri Moonlight Drawn By Clouds atau Hwarang: The Beginning dan temui bintang-bintang utama drama tersebut secara dekat.

Menariknya, anda juga bakal memenangi pas eksklusif ke Konsert istimewa Music Bank sempena ulangtahun KBS World dan membuat lawatan ke kota Seoul. Tiket penerbangan dan penginapan ditaja sepenuhnya oleh KBS World!

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai peraduan Kimchi Gempak ini. Layari www.astrogempak.com.my/kimchigempak untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.


Mulai bulan Julai, anda boleh menonton drama-drama terhangat dari KBS World pada hari yang sama dengan Korea (juga berserta sarikata)! Nantikan maklumat lanjut di KBS World di Astro, saluran 391 dan 392 (HD).

Pernah tak korang dah 'plan' nak ke KOREA tapi tak jadi? Haaa...ni lah peluang korang untuk memenangi percutian ke KOREA dan menemui bintang Korea di sana. Menarikkan?! Jom layari Astrogempak.com.my/kimchigempak dan parodikan klip dari drama Korea di sana. Jangan lepaskan peluang, jom sertai #KimchiGempak #HadiahRayaAnda

A photo posted by Astro Gempak (@astrogempak) on