Bintang Avengers, Idris Elba telah dipilih sebagai Lelaki Paling Seksi di dunia oleh majalah People.

Menurut laporan People.com, perkara itu diumumkan menerusi program The Tonight Show Starring, Jimmy Fallon dan dia merupakan lelaki ke-33 yang diumumkan memegang gelaran tesebut.

Idris Elba juga merupakan lelaki bukan kulit putih ketiga yang berjaya memasuki senarai berkenaan selepas Dwayne 'The Rock' Johnson dan Denzel Washington.

"Saya macam, 'Sudahlah, tak mungkin. Betulkah?’ Saya lihat di cermin. Tengok diri sendiri.

“Saya rasa, 'Ya, awak nampak seksi juga hari ini'. Tetapi, jujurnya, ia satu perasaan yang menyenangkan.

"Kejutan yang menyenangkan. Sudah pasti, ia menaikkan ego," katanya kepada People.

Pemilik nama sebenar Idrissa Akuna Elba itu sebelum ini pernah disenaraikan dalam 100 Individu Paling Berpengaruh di dunia oleh majalah Time.

Dia juga pernah dikatakan bakal menggantikan Daniel Craig sebagai pemegang watak James Bond seterusnya, namun dilaporkan menolak tawaran tersebut.

Senarai Lelaki Paling Seksi di dunia sebelum pernah diisi oleh nama-nama besar seperti Brad Pitt, George Clooney dan David Beckham.

Sumber: People.com