Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkongsi momen-momen belakang set program MeleTOP malam tadi ketika bersama hos utama Neelofa dan Nabil Ahmad.
Kongsi Ebit, Neelofa khusyuk mendengar kata-katanya dan bertanya soalan berkenaan dakwah dengan penuh hormat kepadanya.
"Nak tahu tak sebak je atas pentas tadi. Neelofa bila dengar Allah sayang nampak beliau sebak di MeleTOP.
"Beliau sebak, bergenang dan khusyuk mendengar. Subhanallah... Beliau sangat baik orangnya bertanya soalan tentang dakwah dan lain-lain dengan penuh hormat walau waktu di belakang tabir.
"Nabil pun menangis tadi bila cerita tentang kasih sayang. Allahuakbar. Terima kasih Allah kerana dapat bertemu dengan orang baik-baik," tulisnya di Instagram.