Penyanyi popular, Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy, berkongsi sebuah video menyanyikan lagu terbaru yang ditulisnya sendiri.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Lizzy, lirik lagu tersebut ditulis secara mengejut dan mengambil masa yang singkat untuk disiapkan.
"Baru tulis lagu ni tadi, random inspiration today, hope you like it," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Lizzy memberikan reaksi positif mengatakan mereka menyukai lagu baru itu.
Ada juga netizen berpendapat cara nyanyian Lizzy dalam lagu itu mengingatkan mereka akan cara nyanyiannya ketika mula-mula begelar seorang penyanyi.
"I missed this old Lizzy," tulis netizen.
Lebih menarik perhatian apabila Lizzy membalas komen terbabit.
"I miss her too sometimes," tulisnya berseloroh.
Lizzy mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2013 dan berjaya membina populariti menerusi bidang nyanyian dan lakonan dalam filem serta drama tempatan.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di