Cef selebriti, pakar motivasi, hos dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob mengakui kesal apabila ada pihak yang menyuarakan cadangan untuk memboikot make up artis (MUA) dari kalangan pondan.

Menurusi entri di Instagram (IG), Fazley berharap agar orang ramai lebih terbuka tanpa menghukum mana-mana pihak dengan menilai sikap serta perwatakan seseorang.

"People on Twitter can be so toxic sometimes. Apa salah MUA yang “lembut” sampai dihina sedemikian rupa?

"Cara mereka jaga cari rezeki dan jaga keluarga di kampung jauh lebih sempurna dari sesetengah orang yang kononnya sempurna.

"Raikanlah yang positif dan jangan cari kelemahan seseorang boleh?

"Susah ke manusia untuk berhenti judge dan kekal bersangka baik? (MUA- Make Up Artist)," tulisnya.

Susah ke manusia untuk berhenti judge dan kekal bersangka baik? (MUA- Make Up Artist)

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fazley dan berharap orang ramai tidak menghukum seseorang dengan menilai perwatakan daripada luaran sahaja.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter telah bertindak menyeru orang ramai untuk tidak lagi menggunakan khidmat juru solek pengantin daripada golongan pondan kerana menganggap perkara tersebut akan menggalakkan mereka terjebak ke dalam kancah LGBT.

Akibat perbuatannya itu, individu tersebut telah dikecam hebat oleh netizen gara-gara tuduhan yang tidak berasas itu selain disifatkan sebagai mahu menutup pintu rezeki orang lain.