Perjalanan pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Jamil Ruzaini ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Membina kerjaya di bidang fesyen di Malaysia memerlukan ketekunan, kesabaran dan kreativiti yang yang tinggi.





Menggabungkan dua nama sebagai satu penjenamaan, RizmanRuzaini mula mendapat tempat di hati selebriti tanah air, apatah lagi dengan rekaan mewah yang dihasilkan mereka. Setiap kali berlangsungnya anugerah untuk industri seni di Malaysia, pastinya mereka di antara yang paling sibuk.




Nama-nama besar seperti Dato Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Izara Aishah, Fasha Sandha dan ramai lagi sering menggunakan khidmat rekaan mereka untuk hadir ke majlis-majlis anugerah yang berlangsung di Malaysia. Malah, ada yang turut memakai jenama mereka untuk anugerah di luar negara.





Kehebatan duo ini membuahkan hasil kerana bukan sahaja rekaan mereka mendapat tempat di hati selebriti terkenal tanah air, malah rekaan mereka juga menjadi pilihan kerabat diraja serta orang-orang kenamaan, terutamanya rekaan gaun perkahwinan.





Bukan sahaja untuk majlis anugerah, majlis perkahwinan, malah ada juga yang turut membuat tempahan untuk pakaian di hari raya. Tidak kurang juga yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk rekaan pakaian untuk video klip dan lain-lain lagi.

Pastinya rekaan mereka suatu hari nanti bakal hadir di pentas fesyen dunia dan tidak mustahil selebriti-selebriti antarabangsa bakal menggayakan rekaan RizmanRuzaini.

Kredit Gambar: Instagram @rizmanruzaini