Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Amelina kembali merampas takhta juara mingguan pada konsert suku akhir yang berlangsung malam tadi.

Menerima markah tertinggi sebanyak 78.1%, Amelina meninggalkan Billy Zulkarnain dan Zamani di tangga kedua dan ketiga dengan masing-masing 77.5% dan 72.8%.

Konsert suku akhir GV5 bagaimanapun menamatkan perjuangan Farawahida dengan kutipan markah cuma 61.5%.

Bertemakan Terbaik Bos, hanya lapan bintang yang layak ke minggu separuh akhir dan bersaing di konsert akan datang.

Pemarkahan telah diberikan sepenuhnya oleh juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Tarmimi Siregar yang hadir sebagai juri jemputan minggu ini.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah keseluruhan bintang GV5 mengikut urutan serta komen juri.

Amelina (Seroja) - 78.1%
Datuk Ramli MS - Ketika menyanyi low note sangat cantik dan lembut. Tapi tak berkenan dengan part tinggi. Lain kali part tinggi kena berdiri sebab nafas kalau duduk akan jadi pendek.

Billy Zulkarnain (Back At One) - 77.5%
Datuk Ramli MS - Saya suka grow dalam lagu selepas Billy nyanyi.
Datuk Khadijah Ibrahim - Diction, pronounciation and harmony perfect!

Zamani (Hapus Aku) - 72.8%
Datuk Khadijah Ibrahim - Alhamdulillah! Zamani seorang legend. Sungguhpun masih sakit Zamani boleh menari. Saya nakkan yang lebih baik dari Zamani.

Dia Fadila (Bencinta) - 70.8%
Datuk Ramli MS - Intonasi benci itu raw dan cinta itu sweet. Itu contoh intelektual, walau ada tempo kelam kabut sikit tapi saya suka feel awak.

Maya Ruslee (Hatinya Tak Tahan) - 68.2%
Datuk Khadijah Ibrahim - You look soo good! Sungguh menghiburkan. It’s very good. Ini yang kita mahukan.

Noryn Aziz (Seandainya Masih Ada Cinta) - 64.3%
Datuk Tarmimi Siregar - Walau nyanyi statik, tapi diksi & vokal menarik. Lagu ini tinggi namun anda tak ada terkucil.

Forteen (Satu) - 63%
Datuk Tarmimi Siregar - Ada terkucil tapi yang lain Alhamdulillah. Ada dua vokal utama tapi anda jadikan ia harmoni.
Datuk Ramli MS - Content is good, feel Melayu kena maskulin dan perlu solid. Harmoni itu keraslah. Tak selembut melodi. Belajar lain kali kalau dapat lagu macam ini.

Hetty Sarlene (Korban Cinta) - 62.8%
Datuk Khadijah Ibrahim - This week anda deliver vocal very good. Jangan risau! Chorus tadi kedengaran susah nak reach note tapi okey sebab anda menyanyikan dari hati. Saya dapat menjiwainya.

Farawahida (Ayat-Ayat Cinta) - 61.5%
Datuk Tarmimi Siregar - Kekuatan vokal di situ hebat sekali. Namun, saya rasa tertekan sedikit di hujung chorus. Saya cuba tangkap kesilapan namun tiada. Apapun, yang disampaikan tadi menarik.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.