Pelakon Zara Zya menafikan dirinya dilamar kekasih, aktor Hafreez Adam.

Foto Hafreez yang menyarungkan cincin ke jari Zara yang dimuat naik oleh aktres itu di laman Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya.

?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


Ramai yang beranggapan Hafreez sudah melamar Zara malah ada juga yang menganggap mereka sudah bertunang.

Di ruangan komen entri tersebut serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Menurut Zara, cincin itu merupakan hadiah daripada Hafreez sempena hari jadinya.

Morning ✌?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


"Sejujurnya, saya tak sangka dia memberikan hadiah serta membuat kejutan sambutan hari lahir kerana tarikhnya sudah lama berlalu.

"Sebelum ini, dia sudah memberikan kek kepada saya. Saya ingin menjelaskan, itu hanya hadiah dan kejutan sahaja," katanya kepada Gempak.

Menafikan dirinya sudah bertunang, Zara akan berkongsi jika perhubungannya bersama Hafreez telah memasuki fasa serius.

Pandainya adik ni @hafreezadam

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


"Kalau bertunang, bukanlah begitu caranya. Pastinya keluarga kedua-dua pihak akan hadir dan turut sama meraikan kami.

"Sebagai seorang perempuan, saya tak berani komen mengenai 'next step' dalam perhubungan kami. Insya-Allah, jika ia terjadi, saya akan berkongsi kepada semua pihak. Mohon doa yang baik-baik.

?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on


"Apapun, saya ingin berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan artis yang meninggalkan ucapan tahniah. Saya anggap itu sebagai satu doa yang baik untuk hubungan kami," kata Zara.

Pelakon ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Aku Belum Mahu Mati dan bakal melangkah ke set penggambran drama bersiri Pia pada penghujung bulan ini.