Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan terdapat beberapa orang kenamaan yang berhutang dengan dirinya namun tidak mahu membayar balik.

Menurut Aliff, orang kenamaan tersebut berhutang sebanyak kira-kira RM 2 juta.

"Saya sudah menghantar surat dan berjumpa dengan orang tersebut.

"Saya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk menyelesaikannya namun jika boleh diselesaikan secara baik lebih bagus.

"Pesanan saya kepada orang yang suka berhutang, jangan jadikan orang yang meminta hutang seperti pengemis.

"Saya belum viralkan lagi, jangan paksa saya untuk membesarkan isu ini,"katanya.

Dalam perkembangan lain, syarikat jenama D'Herbs milik Aliff telah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).