Penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow tercalon dalam kategori Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang akan berlangsung pada 4 November ini di Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.
Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Joe telah memuat naik sebuah video beserta ucapan buat tatapan umum.
Joe mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana telah menyokong sepanjang karier seninya.
Joe melahirkan rasa rendah diri kerana diberi peluang untuk mewakili negara di sebuah anugerah berprestij.
Joe juga berasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan penyanyi lain yang datang dari pelbagai negara di anugerah muzik tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya meninggalkan kata-kata semangat buat Joe.
Dalam kategori berkenaan, Joe bersaing dengan Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina), Min Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).
Undian untuk anugerah berkenaan boleh dibuat di laman web www.mtvema.com.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita