Kumpulan K-Pop terkenal, BLACKPINK bakal hadir ke negara ini untuk mengadakan konsert jelajah '2019 World Tour [In Your Area]' Februari depan.

Berita gembira itu diumumkan oleh Syarikat Pengurusan mereka, YG Entertainment semalam.

Menariknya, ini merupakan konsert pertama BLACKPINK yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo di Malaysia.

Berita gembira itu disambut baik oleh peminat yang rata-rata menyatakan rasa teruja dan tidak sabar menunggu tarikh 23 Februari depan.

Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal ‘menjelajah’ Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Manakala beberapa negara lain bakal diumumkan kelak.

Terdahulu, BLACKPINK mula terkenal di Malaysia dengan lagu hit berjudul Ddu-Du Ddu-Du.


Selain BLACKPINK, artis terkenal lain yang turut berada dalam pengurusan yang sama adalah BIGBANG, IKON dan WINNER.