Tiga saintis wanita negara menerima anugerah L'Oreal-UNESCO For Women in Science 2018 atas kejayaan mereka dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan alam sekitar.

Mereka ialah Dr Chai Lay Ching, Dr Lam Sze Mun and Dr Norhayati Abdullah.

Anugerah disampaikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Ong Kee Hui dan Pengarah Urusan Loreal Malaysia, Malek Bekdache di W Kuala Lumpur semalam.

Sejak dimulakan 13 tahun lalu, anugerah tersebut telah diberikan kepada 40 saintis wanita negara dengan geran bernilai lebih RM1,000,000.

Ketiga-tiga saintis wanita tahun ini akan menerima geran RM30,000 seorang untuk meneruskan kajian mereka.

Tiga kajian terbabit menekankan penggunaan sains sebagai kaedah untuk meningkatkan taraf hidup dan alam sekitar.

Dr. Chai Lay Ching (Universiti Malaya) menggunakan kajian sains untuk mengesan bakteria dalam makanan dengan kaedah menghidu.

Manakala Dr. Norhayati Abdullah (Malaysia-Japan International Institute of Technology) pula menggunakan teknologi aerobic granulation sebagai langkah alternatif untuk merawat air buangan daripada sisa minyak kelapa sawit.

Dr. Lam Sze Mun (Universiti Tunku Abdul Rahman) mencipta sistem kelestarian tenaga daripada rawatan air buangan dari kediaman.