Penyanyi Zamani disahkan bakal terus beraksi di pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Ahad ini.

Bertemakan Terbaik Boss, Zamani akan menyanyikan lagu popular dari kumpulan Nidji yang berjudul Hapus Aku.

Lagu tugasan untuk konsert minggu keenam itu telah ditetapkan oleh pihak produksi kelmarin.

Konsert GV5 lalu telah menyaksikan Zamani sepatutnya tersingkir kerana gagal melontarkan suaranya ketika menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Namun Zamani diselamatkan dengan kuasa imuniti daripada penaja terbesar GV5, Datuk Seri Aliff Syukri.

Zamani akan bersaing bersama lapan bintang GV5 menerusi lagu Hapus Aku (Nidji) pada minggu keenam Ahad ini.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.