Penyanyi Noraniza Idris mengakui kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31, Wany Hasrita.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noraniza atau lebih mesra dipanggil Kak Ani memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh Wany walaupun dia telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini.

"Bila lagu duo jadi lagu solo. Bukan senang nak olah supaya bunyi tak dengar janggal. Orang dengar tak lah senang-senang nak buat perbandingan. Cara nyanyian tersendiri.

"Dalam keadaan selsema pun datang juga latihan, Wany Hasrita beri kerjasama. Humble je, bukan senang gelaran bintang paling popular nak beri kerjasama tanpa body guard melampau di sekeliling.

Bila lagu duo jd lagu solo.. bukan senang nak olah supaya bunyi tak dengar janggal.. orang dengar tak lah senang2 nak buat perbandingan.. cara nyanyian tersendiri.. dalam keadaan selsema pun datang juga latihan ,@wanyhasrita beri kerjasama . Humble je.. bukan senang gelaran bintang paling popular nak beri kerjasama tanpa body guard melampau di sekeliling.. @wanyhasrita je boleh #satudalamseribu .. tak malu nak bertanya.. teruskan hormat org tua ya.. walaupun kita tak la tua sangat.. #dramasangat .. jangan jd sesetengah artis bila dh ada level di atas ada gab pula nak dekat.. banyaknya mcm tu la terjumpa.. tak sabar nak tengok @wanyhasrita menyanyi sambil menari .. jangan lupa tonton artis budaya @malay_world_cultural_paradise dalam slot khas #tribute #lagend #backtoajl dalam #anugerahskrin2018 eaok 2 November, 9 malam . Tunggu depan tv ya..??? #saveiramamalaysia

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on


"Wany Hasrita je boleh satu dalam seribu, tak malu nak bertanya. Teruskan hormat orang tua ya. Walaupun kita tak la tua sangat. #dramasangat.

"Jangan jadi sesetengah artis bila dah ada level diatas ada gab pula nak dekat. Banyaknya macam tu la terjumpa. Tak sabar nak tengok Wany Hasrita menyanyi sambil menari," tulisnya.

Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Wany dan berharap dia akan kekal begitu serta sentiasa menghormati artis yang lebih lama dalam industri.