Badan Kekal Langsing Selepas Bersalin, Suami Kongsi Kisah Ummi Nazeera Berpantang

Hiburan
Badan Kekal Langsing Selepas Bersalin,  Suami Kongsi Kisah Ummi Nazeera   Berpantang
Suami pelakon Ummi Nazeera, Izzar Anwari berkongsi amalan berpantang yang diamalkan isterinya semasa melahirkan anak pertama, Ayra Aneesah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzar menjelaskan pengalaman dilalui isterinya amat mencabar kerana terdapat pelbagai cara yang diberikan oleh orang ramai untuk diamalkan.

"Pantang lepas bersalin, Nak ikut cakap orang ke ikut cakap doktor? Ibu berpantang lepas bersalin ni perlu banyak nutrisi untuk recover balik. Kementerian Kesihatan menyarankan amalan pemakanan suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat dan separuh pinggan sayur & buah.

"Protein seperti ikan, daging, telur penting untuk pembaikan tisu badan. Sayur dan buah untuk elak sembelit dan vitamin-vitamin dalam sayur boleh membantu dalam proses penyembuhan luka.

"Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada ibu. Air juga harus diminum sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi. 

"Senaman ringan dan ambulation pula amat digalakkan terutamanya buat ibu-ibu yang operate cesar bagi mengelakkan darah beku dalam vena (salur darah). Tu je pantang doktor2 suruh.

"Tapi kalau orang-orang tua punya pantang memang banyak (bergantung kepada negeri asal). Belah wife asal Ganung, belah saya asal Kedah. So banyakla pantang-pantang yang diutarakan oleh belah masing-masing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PANTANG LEPAS BERSALIN: Nak ikut cakap orang ke ikut cakap doktor?Ibu berpantang lepas bersalin ni perlu banyak nutrisi untuk recover balik. Kementerian Kesihatan menyarankan amalan pemakanan suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat, n separuh pinggan sayur & buah. Protein seperti ikan, daging, telur penting untuk pembaikan tisu badan.Sayur n buah untuk elak sembelit n vitamin2 dalam sayur boleh membantu dalam proses penyembuhan luka.Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada ibu. Air juga harus diminum sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi. Senaman ringan/ ambulation pula amat digalakkan terutamanya buat ibu2 yang operate cesar bagi mengelakkan darah beku dalam vena(salur darah). Tu je pantang doktor2 suruh.Tapi kalau orang2 tua punya pantang memang banyak (bergantung kepada negeri asal).Belah wife asal Ganung, belah saya asal Kedah.So banyakla pantang2 yang diutarakan oleh belah masing2.Apa yang isteri n saya buat ialah layan je mana2 pantang tu, janji menepati saranan Kementerian Kesihatan Malaysia jugak.Takyah nak tunjuk siapa salah n betul.Jagala hati orang2 tua sambil ikut cakap doktor.Kan baguih. Tapi satu je saya nak cakap, kalau orang tua2 cakap takle bersenam sepanjang berpantang tu, janganla sampai 40-100 hari berpantang tu duduk atas katil tak bergerak je.Saya bawa wife gi berjalan kat taman pun ade yang bising.Kalau lepas operate tu tak start bergerak /ambulate, boleh dapat Deep Vein Thrombosis(DVT).DVT ialah darah beku yang boleh pergi ke otak( jadi strok) atau ke peparu (Jadi pulmonary embolism) n dua2 keadaan tu boleh menyebabkan kematian.So jangan sembunyi belakang alasan pantang untuk cover kemalasan anda.Jadi penunggang pantang pulak.No no no. So apa pantang negeri hangpa? 😅

A post shared by Izzar Anwari (@izzar) on


"Apa yang isteri dan saya buat ialah layan je mana-mana pantang tu, janji menepati saranan Kementerian Kesihatan Malaysia jugak.Takyah nak tunjuk siapa salah dan betul.

"Jagalah hati orang-orang tua sambil ikut cakap doktor. Kan bagus. Tapi satu je saya nak cakap, kalau orang tua-tua cakap tak boleh bersenam sepanjang berpantang tu, janganlah sampai 40-100 hari berpantang tu duduk atas katil tak bergerak je.

"Saya bawa wife pergi berjalan kat taman pun ada yang bising. Kalau lepas operate tu tak start bergerak atau ambulate, boleh dapat Deep Vein Thrombosis(DVT). 

"DVT ialah darah beku yang boleh pergi ke otak (jadi strok) atau ke peparu (Jadi pulmonary embolism) dan dua-dua keadaan tu boleh menyebabkan kematian.

"So jangan sembunyi belakang alasan pantang untuk cover kemalasan anda. Jadi penunggang pantang pulak. No no no. So apa pantang negeri hangpa," tulisnya.

Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, 3 bulan. 

Ummi kini sedang giat mempromosikan filem dan siri Gol & Gincu Vol.2 yang kini sedang ditayangkan dipawagam seluruh negara.

Artikel Berkaitan