Satu lagi kejayaan tercipta buat selebriti cef terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob, 40, apabila meraih 20 trofi mewakili dua buah restoran miliknya, SukaSucre Bistro dan Mamanda Kuala Lumpur sempena Malaysia International Gastronomy Festival 2018 (MIGF2018) yang diadakan di Ruyi & Lyn di Bangsar kelmarin.
Kemenangan itu secara tidak langsung melakar sejarah terbaharu SukaSucre Bistro yang sebelum ini menerima 11 trofi daripada 25 anugerah yang dipertandingkan pada MIGF2016.
SukaSucre Bistro meraih 13 trofi kemenangan hasil pilihan juri dan pelanggan sempena MIGF2018; Most Creative Restaurant Station At Taste MIGF2018, Most Creative Food Presentation At Taste MIGF2018, Most Popular Restaurant At The VIP Gala Launch MIGF2018 - Portion Sold, Most Popular Restaurant At The VIP Gala Launch MIGF2018 - Taste Sovereigns Collected, Most Popular Restaurant At Taste MIGF2018 - Gastro Dollars Collected, Most Creative Menu Of The Festival MIGF2018, Best Value Menu Of The Festival MIGF2018, Diners' Choice - Best Value Menu Of The Festival MIGF2018, Diners' Choice - Most Outstanding Starter/Appertiser (Warm) MIGF2018 dan Diners' Choice - Most Outstanding Asian Dessert MIGF2018
Lebih membanggakan, Fazley turut menerima anugerah utama apabila dipilih sebagai salah seorang cef terbaik menerusi kategori Golden Chef Award MIGF2018.
Sementara itu, Mamanda Kuala Lumpur juga menerima 7 trofi anugerah pilihan juri dan pelanggan sempena MIGF2018 iaitu Most Creative Restaurant Station At Taste MIGF2018, Most Creative Food Presentation At Taste MIGF2018, Most Innovative Cuisine At Taste MIGF2018, Most Outstanding Palate Cleanser MIGF2018, Most Outstanding Main Course - Poultry / Others MIGF2018 dan Most Outstanding Asian Dessert MIGF2018.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini, dia bersyukur di atas kemenangan tersebut yang disifatkan sebagai kejayaan bersama hasil kerja keras daripada semua pekerja.
“Saya tidak sangka dapat pengiktirafan besar lagi sempena MIGF2018. Begitupun, semua ini adalah kemenangan hasil penat lelah pasukan SukaSucre Bistro dan Mamanda Kuala Lumpur yang cukup saya hargai,” katanya.
Turut hadir ialah Tunku Laksamana Negeri Sembilan juga Penaung Diraja, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan Pengerusi MIGF, Datuk Steve Yap.
MIGF2018 yang bertema Muhibah Chefs - Good Food Brings Us Together menawarkan pengalaman gastronomi unik menerusi oleh penyertaan sebanyak 27 restoran tempatan diadakan pada 1 hingga 30 September lalu.
Selain SukaSucre Bistro dan Mamanda Kuala Lumpur, antara restoran yang turut bertanding sempena MIGF2018 adalah 2OX, Aliyaa, Champignons, DC Restaurant, Eighteen, Gen, Jibby East, Kikubari, Lai Po Heen, Marini, Marble 8, Nero Nero, Nuinui, Pampas, Samplings On The Fourteen, The Olive, Tangerine dan Serai.
Dalam perkembangan lain, Fazley bakal membuka sebuah lagi restoran, Bunga Telang by SukaSucre Bistro di Bukit Damansara pada awal Disember ini di samping sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya, Wo Ai De Ni.
Kredit foto: SukaSucre Creatives
Kamaruddin Razal
Thu Nov 01 2018
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.